Thursday, 9 October 2014

BORANG MAKLUMBALAS DAN ANALISIS

BORANG MAKLUM BALAS MURID
Tujuan : Soal selidik ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas terhadap Program Kesedaran Pemapanan Tenaga. Semua maklumat yang diperoleh hanyalah untuk tujuan analisis dan akan dirahsiakan.
Arahan : Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.


Bahagian A : Latar Belakang Murid

Jantina :                     

Umur : _____________________

Kelas : _____________________





Bahagian B : Maklum balas murid

Bil
Item
Ya
Tidak
1.
Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang tidak boleh diperbaharui.


2.
Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui.


3.
Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui yang ada di Malaysia.


4.
Program ini telah meningkatkan kesedaran saya mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga.


5.
Saya bersetuju bahawa kita perlu mencari sumber tenaga yang bersih serta boleh diperbaharui.


6.
Saya akan mengamalkan penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian saya.


7.
Program ini mendidik saya mengenai cara-cara menjimatkan tenaga.


8.
Program ini amat menarik dan meningkatkan kefahaman saya mengenai topik tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.





-       TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KERJASAMA  -



Borang Analisis
Analisa borang maklum balas

Soalan-soalan di dalam borang maklum balas

  1.  Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
  2.   Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui.
  3.   Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui yang ada di Malaysia.
  4.  Program ini telah meningkatkan kesedaran saya mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga.
  5.  Saya bersetuju bahawa kita perlu mencari sumber tenaga yang bersih serta boleh diperbaharui.
  6.  Saya akan mengamalkan penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian saya.
  7.   Program ini mendidik saya mengenai cara-cara menjimatkan tenaga.
  8.   Program ini amat menarik dan meningkatkan kefahaman saya mengenai topik tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.





Jadual 1 menunjukkan jumlah jawapan murid
Soalan
Ya
Tidak
1
51
0
2
51
0
3
49
2
4
50
1
5
51
0
6
51
0
7
47
4
8
44
7


Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus)
untuk semua murid.
Soalan
Ya (%)
Tidak (%)
1
100
0
2
100
0
3
96.1
3.9
4
98
2
5
100
0
6
100
0
7
92.2
7.8
8
86.3
13.7


Bar Graf menunjukkan peratus maklum balas murid dalam bentuk graf bar

                                                    


Analisis Maklum Balas Peserta Program

Borang maklum balas murid telah diagihkan untuk diisi oleh peserta program sebaik sahaja program tamat.Analisis telah dibuat dalam bentuk jadual dan graf. Berdasarkan jadual 1  dalam borang maklum balas, hanya soalan 1, 2, 5 dan 6 sahaja yang menunjukkan semua murid menjawab ya. Soalan 1, 2, dan 3 ialah soalan yang menfokuskan kepada pengetahuan murid sebelum dan selepas program mengenai sumber tenaga – pada akhir program, maklum balas menunjukkan para peserta sudah tahu mengenai jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Namun, bagi soalan 3, masih ada 2 orang peserta yang tidak mengetahui sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui yang ada di Malaysia.Ini mungkin berlaku kerana kurangnya pendedahan ke atas mereka mengenai sumber tenaga yang terdapat di Malaysia.
Untuk soalan 4, 5, 6, dan 7, ianya berfokus kepada sejauh mana program ini dapat meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga dan kepentingan untuk mencari sumber tenaga baru yang bersih serta boleh diperbaharui.Bagi soalan 4, hanya seorang sahaja yang menandakan tidak manakala soalan 5 dan 6 pula kesemua perserta menjawab ya.Soalan 7 adalah mengenai sejauh mana program ini mendidik peserta mengenai cara-cara menjimatkan tenaga.Bagi soalan ini 4 orang peserta telah menandakan tidak. Ini mungkin kerana mereka masih lagi tidak memahami bagaimana cara untuk mereka menjimatkan tenaga dalam kehidupan seharian mereka seperti sewaktu berada dirumah.Petikan dari akhbar Kosmo menyatakan menjelang tahun 2025, Asia bertanggungjawab terhadap peningkatan sebanyak 45 peratus permintaan minyak global dan 25 peratus dalam pertumbuhan permintaan gas asli?Permintaan tenaga oleh Malaysia sahaja boleh mencecah sehingga 74 juta tan minyak setahun menjelang tahun 2020, sementara pertumbuhan penggunaan tenaga elektrik akan menjadi tertinggi pada kadar 6.1 peratus setiap tahun.Di sini kita dapat lihat bahawa masyarakat kurang mengambil peduli mengenai pentingnya menjimatkan tenaga dalam kehidupan seharian.Oleh itu, penting bagi kita untuk memupuk kesedaran ini dalam diri kesemua masyarakat terutamanya sejak dari bangku sekolah lagi.
Soalan 8 adalah berkaitan dengan pendapat mereka ke atas program yang dijalankan. Daripada 51 orang peserta, 7 orang telah menandakan tidak pada borang maklum balas.Terdapat beberapa perserta yang mungkin berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang program.Selain itu, hadiah yang diberikan juga mungkin tidak setimpal dengan usaha mereka sepanjang program.Keadaan cuaca sewaktu program yang sedikit panas juga mungkin menimbulkan rasa tidak selesa kepada peserta.Terdapat juga beberapa peserta yang beranggapan bahawa masa program terlalu singkat menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan aktiviti dengan sepenuhnya.

Penambahbaikan & Kritikan terhadap Program

Penambahbaikan
      1)    Soalan bagi borang maklum balas masih boleh diperbaiki terutamanya dari segi susunan ayat. Ini kerana, penggunaan ayat yang ringkas akan memudahkan peserta untuk memahami soalan yang diberikan. Selain itu, maklum balas juga boleh ditambah dari aspek lain lagi yang membolehkan penilaian program dibuat dengan menyeluruh seperti aspek fasilitator, video, aktiviti dan tempat program. Maklum balas dari pelbagai aspek ini akan membolehkan penambahbaikan program secara menyeluruh boleh dilakukan.

2)    Penyediaan alatan aktiviti yang mencukupi hendaklah dilakukan sebelum program untuk memastikan aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Ini kerana, walaupun sehari sebelum program peserta sudah diingatkan untuk membawa peralatan namun, masih ada sebilangan murid yang terlupa membawa peralatan yang diperlukan mengakibatkan mereka terpaksa berkongsi dengan rakan mereka. Selain itu, peralatan juga hendaklah disediakan lebih terutamanya kertas kerana peserta sering mengambil kertas yang lebih.

3)    Dari segi pengurusan program terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik iaitu fasilitator, masa, dan tempat program. Fasilitator seharusnya lebih aktif di dalam merencana dan melaksanakan aktiviti program bersama peserta program. Ini penting bagi memastikan program ini benar-benar menarik minat peserta dan menanam kesedaran di dalam diri mereka. Faktor masa boleh dipanjangkan lagi dari sekadar 1 jam kepada 2 jam bagi memastikan aktiviti yang lebih baik dapat dirangka untuk program ini. Masa yang begitu suntuk menyebabkan aktiviti yang dijalankan sedikit tergesa-gesa dan tidak begitu menarik. Selain itu, masa aktiviti yang singkat menyebabkan ada kumpulan tidak dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan. Bagi tempat program dijalankan pula, kawasan yang lebih luas seperti dewan sekolah boleh digunakan untuk memudahkan pergerakan murid

No comments:

Post a Comment