BORANG MAKLUM BALAS MURID
Tujuan : Soal selidik ini dijalankan bagi mendapatkan
maklum balas terhadap Program Kesedaran Pemapanan Tenaga. Semua maklumat yang
diperoleh hanyalah untuk tujuan analisis dan akan dirahsiakan.
Arahan : Tandakan (/)
pada ruang yang berkenaan.
Bahagian A : Latar Belakang Murid
Jantina :
Umur :
_____________________
Kelas :
_____________________
Bahagian B : Maklum balas murid
Bil
|
Item
|
Ya
|
Tidak
|
1.
|
Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang tidak
boleh diperbaharui.
|
|
|
2.
|
Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis
tenaga yang boleh diperbaharui.
|
|
|
3.
|
Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis tenaga
boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui yang ada di Malaysia.
|
|
|
4.
|
Program ini telah meningkatkan kesedaran saya mengenai kepentingan
menjimatkan penggunaan tenaga.
|
|
|
5.
|
Saya bersetuju bahawa kita perlu mencari sumber tenaga yang bersih serta
boleh diperbaharui.
|
|
|
6.
|
|
|
|
7.
|
Program ini mendidik saya mengenai cara-cara menjimatkan tenaga.
|
|
|
8.
|
Program ini amat menarik dan meningkatkan kefahaman saya mengenai topik
tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
|
|
|
- TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KERJASAMA -
Borang
Analisis
Analisa
borang maklum balas
Soalan-soalan di dalam borang maklum balas
- Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
- Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui.
- Melalui program ini saya dapat mengetahui jenis tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui yang ada di Malaysia.
- Program ini telah meningkatkan kesedaran saya mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga.
- Saya bersetuju bahawa kita perlu mencari sumber tenaga yang bersih serta boleh diperbaharui.
- Saya akan mengamalkan penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian saya.
- Program ini mendidik saya mengenai cara-cara menjimatkan tenaga.
- Program ini amat menarik dan meningkatkan kefahaman saya mengenai topik tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
Jadual
1 menunjukkan jumlah jawapan murid
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
51
|
0
|
2
|
51
|
0
|
3
|
49
|
2
|
4
|
50
|
1
|
5
|
51
|
0
|
6
|
51
|
0
|
7
|
47
|
4
|
8
|
44
|
7
|
Jadual
2 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus)
untuk semua murid.
untuk semua murid.
Soalan
|
Ya (%)
|
Tidak (%)
|
1
|
100
|
0
|
2
|
100
|
0
|
3
|
96.1
|
3.9
|
4
|
98
|
2
|
5
|
100
|
0
|
6
|
100
|
0
|
7
|
92.2
|
7.8
|
8
|
86.3
|
13.7
|
Bar Graf menunjukkan peratus maklum balas murid dalam bentuk graf bar

Analisis Maklum Balas
Peserta Program
Borang maklum balas murid
telah diagihkan untuk diisi oleh peserta program sebaik sahaja program
tamat.Analisis telah dibuat dalam bentuk jadual dan graf. Berdasarkan jadual
1 dalam borang maklum balas, hanya
soalan 1, 2, 5 dan 6 sahaja yang menunjukkan semua murid menjawab ya. Soalan 1,
2, dan 3 ialah soalan yang menfokuskan kepada pengetahuan murid sebelum dan
selepas program mengenai sumber tenaga – pada akhir program, maklum balas
menunjukkan para peserta sudah tahu mengenai jenis-jenis tenaga yang boleh
diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Namun, bagi soalan 3, masih ada 2
orang peserta yang tidak mengetahui sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak
boleh diperbaharui yang ada di Malaysia.Ini mungkin berlaku kerana kurangnya
pendedahan ke atas mereka mengenai sumber tenaga yang terdapat di Malaysia.
Untuk soalan 4, 5, 6, dan
7, ianya berfokus kepada sejauh mana program ini dapat meningkatkan kesedaran
peserta mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga dan kepentingan
untuk mencari sumber tenaga baru yang bersih serta boleh diperbaharui.Bagi
soalan 4, hanya seorang sahaja yang menandakan tidak manakala soalan 5 dan 6
pula kesemua perserta menjawab ya.Soalan 7 adalah mengenai sejauh mana program
ini mendidik peserta mengenai cara-cara menjimatkan tenaga.Bagi soalan ini 4
orang peserta telah menandakan tidak. Ini mungkin kerana mereka masih lagi
tidak memahami bagaimana cara untuk mereka menjimatkan tenaga dalam kehidupan
seharian mereka seperti sewaktu berada dirumah.Petikan dari akhbar Kosmo
menyatakan menjelang tahun 2025, Asia bertanggungjawab terhadap peningkatan
sebanyak 45 peratus permintaan minyak global dan 25 peratus dalam pertumbuhan permintaan
gas asli?Permintaan tenaga oleh Malaysia sahaja boleh mencecah sehingga 74 juta
tan minyak setahun menjelang tahun 2020, sementara pertumbuhan penggunaan
tenaga elektrik akan menjadi tertinggi pada kadar 6.1 peratus setiap tahun.Di
sini kita dapat lihat bahawa masyarakat kurang mengambil peduli mengenai
pentingnya menjimatkan tenaga dalam kehidupan seharian.Oleh itu, penting bagi
kita untuk memupuk kesedaran ini dalam diri kesemua masyarakat terutamanya
sejak dari bangku sekolah lagi.
Soalan 8 adalah berkaitan
dengan pendapat mereka ke atas program yang dijalankan. Daripada 51 orang
peserta, 7 orang telah menandakan tidak pada borang maklum balas.Terdapat
beberapa perserta yang mungkin berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan
sepanjang program.Selain itu, hadiah yang diberikan juga mungkin tidak setimpal
dengan usaha mereka sepanjang program.Keadaan cuaca sewaktu program yang
sedikit panas juga mungkin menimbulkan rasa tidak selesa kepada
peserta.Terdapat juga beberapa peserta yang beranggapan bahawa masa program
terlalu singkat menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan aktiviti dengan
sepenuhnya.
Penambahbaikan &
Kritikan terhadap Program
Penambahbaikan
1)
Soalan
bagi borang maklum balas masih boleh diperbaiki terutamanya dari segi susunan
ayat. Ini kerana, penggunaan ayat yang ringkas akan memudahkan peserta untuk
memahami soalan yang diberikan. Selain itu, maklum balas juga boleh ditambah
dari aspek lain lagi yang membolehkan penilaian program dibuat dengan
menyeluruh seperti aspek fasilitator, video, aktiviti dan tempat program.
Maklum balas dari pelbagai aspek ini akan membolehkan penambahbaikan program
secara menyeluruh boleh dilakukan.
2)
Penyediaan
alatan aktiviti yang mencukupi hendaklah dilakukan sebelum program untuk
memastikan aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Ini kerana, walaupun sehari
sebelum program peserta sudah diingatkan untuk membawa peralatan namun, masih
ada sebilangan murid yang terlupa membawa peralatan yang diperlukan
mengakibatkan mereka terpaksa berkongsi dengan rakan mereka. Selain itu,
peralatan juga hendaklah disediakan lebih terutamanya kertas kerana peserta
sering mengambil kertas yang lebih.
3)
Dari
segi pengurusan program terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik iaitu
fasilitator, masa, dan tempat program. Fasilitator seharusnya lebih aktif di
dalam merencana dan melaksanakan aktiviti program bersama peserta program. Ini
penting bagi memastikan program ini benar-benar menarik minat peserta dan
menanam kesedaran di dalam diri mereka. Faktor masa boleh dipanjangkan lagi
dari sekadar 1 jam kepada 2 jam bagi memastikan aktiviti yang lebih baik dapat
dirangka untuk program ini. Masa yang begitu suntuk menyebabkan aktiviti yang
dijalankan sedikit tergesa-gesa dan tidak begitu menarik. Selain itu, masa
aktiviti yang singkat menyebabkan ada kumpulan tidak dapat menyempurnakan
tugasan yang diberikan. Bagi tempat program dijalankan pula, kawasan yang lebih
luas seperti dewan sekolah boleh digunakan untuk memudahkan pergerakan murid